Date: Selasa, Julai 31, 2018

Seminar Kejuruteraan Mekanikal JKR 2018 telah dianjurkan oleh Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dengan kerjasama Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) Ibu Pejabat JKR (IPJKR) Malaysia pada 30 Julai 2018, bertempat di Dewan Utama, Pusat KecemerIangan Kejuruteraan & Teknologi (CREaTE), Melaka. Bertemakan Interaksi Ke Arah Kecemerlangan, seminar ini menghimpunkan para kontraktor, perunding dan pembekal yang terlibat di dalam industri pembinaan infrastruktur bagi projek-projek yang melibatkan skop kerja mekanikal.

Tema ini dipilih bersesuaian dengan objektif pelaksanaan seminar iaitu sebagai platform bagi semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan Kejuruteraan Mekanikal untuk berkumpul dan berkongsi idea serta pengalaman dalam menambahbaik kualiti kerja di dalam fasa pengurusan projek bermula di peringkat perancangan hinggalah penyerahan sesuatu aset kepada pihak pelanggan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan CKM, Ir. Gopal Narian Kutty dan telah disusun dengan pelbagai pengisian seperti pembentangan kertas kerja, pameran produk dan sesi interaksi bersama pengurusan CKM. Berikut ialah senarai kertas kerja yang telah dibentangkan sepanjang seminar berlangsung:

  1. Pengenalan Kepada MyProcurement oleh Sr. Mohamad Razif Bin Mohamad Nor dari Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, CKM;
  2. iGFMAS-eVendor oleh Puan Yusmaria Binti Mohd Soludi dari Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia;
  3. Taklimat Bomba Berkaitan Pemasangan Sistem Mekanikal oleh PgKB1 Abdul Khair Bin Osman dari Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia;
  4. Mechanical New Direction on BIM oleh En Azilan Bin Mohd Ali dari Bahagian Rekabentuk Pendidikan, CKM.
  5. Penemuan Audit Kualiti Pemasangan Serta Lesson Learned Dalam Pengurusan Projek oleh En. Izzat Zumairi Bin Che Harun dari Bahagian Pengurusan Portfolio, CKM;
  6. Lesson Learned Dalam Penilaian Tender oleh Ir. Nor Haziman Bin Noh dari Bahagian Rekabentuk Pendidikan, CKM; dan
  7. Pengalaman Perunding Dalam Pelaksanaan Projek JKR oleh Ir. Wan Rumaizee Bin Zaabar dari Tenaga Z-L Sdn. Bhd.

Pameran produk yang terlibat ialah;

  1. Bry-Air (Asia);
  2. Amirdic Sdn Bhd;
  3. Ebara Corporation;
  4. Fujiaire (Malaysia) Sdn Bhd;
  5. Inovasi Cawangan Kejuruteraan Mekanikal;
  6. Pumpfield Corporation Sdn Bhd;
  7. Ricwil (Malaysia) Sdn Bhd;
  8. Daikin Malaysia Sales & Services Sdn Bhd;
  9. Regaline Pumps Sdn Bhd;
  10. Tozen (Malaysia) Sdn Bhd;
  11. Eita Elevator (Malaysia) Sdn Bhd;
  12. Prihoda Malaysia Sdn Bhd;
  13. Genius Cooling Tower Sdn Bhd;
  14. Acson Malaysia Sales & Services Sdn Bhd;
  15. MetroTube Sdn Bhd;
  16. Carrier (Malaysia) Sdn Bhd; dan
  17. Solar Alert Sdn Bhd.

Semoga Seminar Kejuruteraan Mekanikal JKR 2018 terus menjadi sumber galakan kepada semua pemain industri negara dalam memastikan projek-projek infrastruktur rakyat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan seterusnya seminar seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.