Date: Selasa, Februari 23, 2016
Seminar Pembudayaan Inovasi - Transformasi Organisasi Melalui Inovasi telah diadakan pada 23 Februari 2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kementerian Kerja Raya. Seminar anjuran Cawangan Latihan dan Inovasi ini bertujuan untuk menggalakkan percambahan idea pegawai dan kakitangan disamping memberi pemahaman mengenai transformasi organisasi melalui inovasi. Objektif seminar ini juga menggalakkan pegawai dan kakitangan berusaha mencari dan mencuba idea-idea baru dalam pelaksanaan kerja untuk mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing.
 
Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ketibaan YBhg. Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir.Adanan b Mohamed Hussain dan seterusnya menyampaikan ucapan perasmian.Majlis diteruskan dengan Pembentangan Kertas Kerja 1: Mencipta Inovasi, Menelusuri Transformasi oleh Ybhg.Dato' Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU.
 
Majlis seterusnya ke sesi Pembentangan Kertas Kerja 2: How To Stimulate and Develop The Innovation Eco-System in Malaysia Towards Achieving Vision 2020. Kertas Kerja ini telah dibentangkan oleh YBrs. En.Naser Jaafar, COO AIM. Majlis Berehat jam 12.00 tengahhari dan disambung semuala pada jam 2.00 petang.
 
Pembentangan Kertas Kerja 3 diteruskan pada sebelah petang dengan Kertas kerja yang bertajuk Transformasi Minda untuk Transformasi JKR yang telah disampaikan oleh YBhg.Datuk Wira Dr.Maznah Hamid, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce.Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor infra), YBhg.Dato'Ir.Dr.Roslan b Md Taha.
 
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan seminar ini.