Date: Khamis, March 14, 2024

Bahagian Perundingan Perancangan Aset (BPPA), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menganjurkan satu Seminar Pengurusan Aset Jabatan Kerja Raya Malaysia yang di adakan pada 6 dan 7 Mac 2024 bertempat di Dewan Pameran Aras 2, Menara Usahawa Precint 2, Putrajaya.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBhg. Datuk Sr. Amran bin Hj. Mohd Majid. Turut mengiringi beliau,  YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail Pengarah Kanan CPAB, Yang Berusaha Ir. Mohamad Darus, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA) dan Yang Berusaha Ir. Hajjah Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK).

Seminar ini bertujuan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam khususnya dalam bidang Pengurusan Aset dan Fasiliti. Tema kali ini adalah “Memartabatkan Pengurusan Aset Ke Arah Penyampaian Perkhidmatan Cemerlang”.

Pembentangan khas telah disempurnakan oleh Datuk TKPKR Sektor Pakar dengan topik Pengenalan Borang Kontrak PWD Facilities Management and Maintenance Form (2016). Seminar ini turut membariskan 11 pembentang daripada pakar-pakar dalam bidang pengurusan aset dan fasiliti. Sembilan (9) pembentang daripada Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, CPAB dan satu (1) orang daripada Bahagian Perundingan Kontrak & Ukur Bahan, CPAB dan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan masing – masing.

Seramai 160 orang peserta, yang terdiri daripada wakil JKR Negeri, JKR Daerah, dan Cawangan-cawangan sektor pakar yang terlibat iaitu Cawangan Arkitek, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Cawangan Mekanikal dan Cawangan Elektrik hadir dan menjayakan seminar ini.

BPPA, CPAB sangat bersyukur dengan penganjuran seminar ini yang merupakan julung-julung kalinya di adakan. BPPA, CPAB juga berhasrat untuk menjadikan seminar ini sebagai acara tahunan sebagai platform program peluasan untuk memartabatkan pengurusan aset ke arah penyampaian perkhidmatan cemerlang. Semoga seminar ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir.