Date: Khamis, Ogos 15, 2019

Penganjuran Seminar Pengurusan Projek 2019 merupakan satu platform atau saluran diskusi kepada warga JKR untuk berkongsi ilmu & pengalaman, bertukar idea & pandangan dan meningkatkan pemahaman terutamanya dalam aspek amalan terbaik pengurusan projek. Seminar kali ini yang bertemakan “Delivering Values Through Project Management Excellence” akan memberi penekanan kepada aspek kompetensi, budaya kerja yang berintegriti, telus, amanah & jujur serta keutamaan untuk mendokumentasi lesson learned projek sebagai satu iktibar dan perkongsian pengalaman.

Antara tajuk pembentangan semasa seminar ini adalah “Project Lessons Learned @ JKR Malaysia: Learned, Unlearned and Relearned”. Selain itu, seminar ini juga akan membentangkan tajuk “Project Management Approach- Case study LRT Extension Project”. Seminar ini akan diadakan seperti ketetapan berikut.

Tarikh     :       11 September 2019 (Rabu)
Masa       :       8:00 pagi – 4:30 petang
Tempat   :       Dewan Utama CREaTE, Alor Gajah

Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai seminar ini ataupun terdapat sebarang pertanyaan berkaitan seminar ini, sila hubungi pegawai-pegawai berikut;

i)          Hj. AIDI bin Hj. ABU KASSIM
            Tel : 03-4051 8513, emel : (aidi [at] jkr.gov.my)

ii)         Pn. MURNIZA binti AZIZ
            Tel : 03-4051 8486, emel : (murniza [at] jkr.gov.my)