Date: Rabu, Oktober 3, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Urus Setia Disiplin Awam, Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Board of Engineers Malaysia (BEM) dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR  (CREaTE) akan menganjurkan Seminar on Route to Professional Engineer (P.E) by Board of Engineers Malaysia (BEM) sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh         :   18 Oktober 2018 (Khamis)
Masa           :   8:30 pagi – 5.00 petang
Tempat       :   Dewan CREaTE, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) 
                         Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
                         (Koordinat : 2.453186 , 102.205752)

Seminar ini bertujuan menggalakkan pegawai JKR terutama jurutera awam untuk memiliki kelayakan jurutera profesional bertauliah (Profesional Engineer (P.E)) yang juga merupakan keperluan utama jabatan terutama di dalam kemajuan kerjaya pegawai. Seminar ini akan memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut :

  1. Memberi panduan dan pendedahan kepada pegawai JKR untuk memiliki kelayakan profesional bertauliah (Profesional Engineer (PE)) untuk kemajuan kerjaya.
  2. Memberi panduan untuk memahami prosedur permohonan pendaftaran jurutera profesional melalui Board of Engineers Malaysia (BEM).
  3. Memberi panduan dan kaedah penyediaan laporan teknikal dan pengalaman kerja untuk persediaan menghadapi Professional Assesment Examination (PAE).

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai seminar boleh berhubung dengan penyelaras-penyelaras seminar di talian seperti berikut :

MOHD HAFIS BIN AHMAD
Urus Setia Disiplin Awam JKR
Emel    :           hafis [at] jkr.gov.my
Tel       :           03 - 2610 7540

JASON LIM BOON SENG
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE)
Emel    :           jasonlim.jkr [at] 1govuc.gov.my
Tel       :           06 - 551 2279

Permohonan boleh dibuat melalui Bahagian Penyelarasan Khidmat Sokongan (BPKS) cawangan masing-masing dengan menyelaras dan memajukan senarai nama peserta terus ke jasonlim [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) atau norazri [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) (Jawatankuasa Jemputan dan Promosi Seminar) dan salinkan e-mel ke jkdisiplinawam [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) untuk rujukan dan rekod selewat-lewatnya 10 Oktober 2018 (Rabu).

Sekian, terima kasih.

Disediakan :

URUS SETIA DISIPLIN AWAM
Jabatan Kerja Raya Malaysia