Date: Rabu, Februari 14, 2018

Adalah dimaklumkan Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkam Seminar on Traffic Management at Work Zone bertemakan “Meeting Mobility & Safety Needs”. Seminar ini adalah sebagai platform untuk mewujudkan kesedaran di samping perkongsian maklumat dan pengalaman berkaitan Pelan Pengurusan Trafik di kawasan kerja. Selain itu, seminar ini dianjurkan bagi mempromosikan penggunaan Arahan Teknik Jalan (ATJ) yang terkini serta Spesifikasi yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Inovasi & Standard, Cawangan Jalan, JKR.

Seminar ini akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

          Tarikh         : 6  &  7 Mac 2018 (Selasa & Rabu)

          Masa         : 8:00 pagi – 4:30 petang

          Tempat      : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya

Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai seminar ataupun terdapat sebarang pertanyaan berkaitan seminar, sila hubungi sekretariat seminar Puan Nurulhuda Binti Azmi di talian 012- 461 6245 dan alamat emel : (stmp2018 [at] gmail.com).