Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Salam Sehati Sejiwa

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).  Sebagai agensi teknikal utama Kerajaan Malaysia, JKR diamanahkan untuk melaksana projek pembangunan di seluruh negara. Adalah menjadi matlamat JKR untuk memastikan supaya organisasi ini berjalan dengan cekap dan berkesan demi untuk mencapai visi, misi dan objektif jabatan.

Justeru, ianya akan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia. Maka dengan adanya laman web ini, JKR berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dengan menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan JKR Malaysia.

 

Melalui laman web ini juga, JKR akan cuba menyediakan maklumat kepada tiga golongan pengguna yang utama iaitu orang awam, juruperunding dan kontraktor. Bagi juruperunding dan kontraktor, maklumat seperti kenyataan tender dan penerbitan berkaitan informasi teknikal juga ada disediakan. Untuk orang awam pula ianya boleh di perolehi seperti maklumat dan peristiwa yang tidak dapat diramal dan terkini sebagai contoh tanah runtuh, banjir dan seumpamanya di dalam Laman Bencana Alam. Peta Jalan dan Direktori Pegawai yang hendak di hubungi juga disediakan untuk memudahkan orang ramai membuat rujukan.

JKR berharap agar pengguna selesa untuk melayari Laman Web yang berinformasi ini. JKR juga mengalu-alukan sebarang aduan dan pertanyaan dan boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. Maklumbalas dan cadangan yang berguna untuk kebaikan jabatan ini sangatlah dihargai. Mudah-mudahan kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk anda.


JKR Malaysia bukan sahaja merupakan jabatan teknikal kerajaan yang terbesar tapi juga ianya berharap menjadi agensi pelaksana yang terbaik di negara ini. JKR bertekad untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan di dalam segala bidang yang dipertanggungjawab kepada kami untuk dilaksanakan. 

YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool
Ketua Pengarah
Jabatan Kerja Raya Malaysia