Date: Isnin, Jun 19, 2023

Pada 15 Jun 2023 (Khamis) telah berlangsung satu Sesi Interaksi Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK), YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri Bin Baharuddin bersama pegawai-pegawai KADER JKR di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertempat di Aras 1, Menara 2 Kementerian Pendidikan Tinggi, Putarajaya. Sesi ini turut dihadiri oleh wakil Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Puan Noorul Akmam Binti Sumira, KPSUK Unit Pengurusan Perkhidmatan dan Prestasi, wakil-wakil daripada Ibu Pejabat JKR serta pegawai-pegawai KADER JKR di Kementerian tersebut.

Sesi ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan bersama pegawai-pegawai KADER JKR yang bertugas di Kementerian/Jabatan/Agensi dan juga pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi.

Aturcara program ini bermula dengan ucapan aluan Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) dan disusuli perbentangan oleh Ir. Mukhzani Bin Latif wakil dari Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu berkenaan peranan pegawai KADER JKR dalam Pelaksanaan Projek/Program Kementerian.

Program ini juga diteruskan dengan sesi soal jawab pelbagai perkara yang berbangkit melibatkan kumpulan pengurusan profesional dan kumpulan pelaksana. Sesungguhnya program ini telah memberi laluan dalam mewujudkan rasa keperihatinan JKR terhadap pegawai-pegawai JKR yang berkhidmat di Kementerian/Jabatan/Agensi dengan penuh komited dan dedikasi dalam menggalas tanggungjawab seterusnya membawa reputasi baik dan jenama unggul JKR secara amnya.