Date: Jumaat, Februari 10, 2023

Objektif Program:

10 Februari 2023 │7.30 pagi: Alhamdulillah, bersempena Hari Jumaat yang mulia hari ini bertempat di Bilik Pemandu Jabatan, Sesi Interaksi Santai antara YBhg. Dato' Ir. Hj. Masri bin Baharudin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan para pemandu Jabatan telah berlangsung dengan jayanya.

Pada pertemuan ini, ianya memberikan peluang kepada para pemandu Jabatan bertaaruf dan berinteraksi dengan pihak Pengurusan JKR Malaysia berkaitan tugasan, kebajikan dan sebagainya. 

Disamping itu juga, ianya dapat mengeratkan silaturahim, bertanya khabar, hal ehwal kebajikan serta mendoa’kan kesihatan keluarga para pemandu yang sakit/uzur akibat barah.

Disamping bersarapan, Sesi Interaksi Santai ini diakhiri dengan penyerahan barangan keperluan pantry oleh YBhg. Dato’ Pengarah CDPK kepada wakil pemandu Jabatan iaitu En. Zaharizal b. Harun.

 

Sekalung Penghargaan

Kesinambungan usaha Sesi Interaksi Santai seperti ini, akan diperluaskan lagi bagi mengambil cakna kebajikan, memupuk semangat kebersamaan, keseronokan bekerja serta menyemarakkan jalinan ukhwah fillah antara warga JKR Malaysia. Sekalung apresiasi dan penghargaan kepada YBhg. Dato' Ir. Hj. Masri bin Baharudin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, YBrs. Ir. Hj. Ashlie b. Hj. Abdul Rahim, Ketua Bahagian Sekretariat, CDPK,  Pn. Maimunah Zakariah (Ketua Bahagian Pengurusan Korporat Strategik) Pn. Nur Akidah Zahari (Pegawai Tadbir Diplomatik), YBrs. Ir. Ts. Mohd Hazery b Hj. Md. Shamsi (Penyelaras Sesi) dan En. Sharulhadi Rashid yang hadir bersama. Syukur Alhamdulillah.

 

Firman ALLAH SWT:

“Sesungguhnya ALLAH SWT berserta dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan”

(Surah An-Nahl: 128)

Sabda Rasulullah SAW:

 “Barangsiapa Yang Ingin Diluaskan Rezekinya Serta Dipanjangkan Usianya, Maka Hendaklah Dia Menyambung Pertalian Silaturrahim.”

Riwayat Al-Bukhari (5986) Dan Muslim (2557)

 

#JKRPrihatin2023

#SalamJumaat