Date: Rabu, March 15, 2023

Majlis Penyerahan Projek Siap Kepada Pelanggan Bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Garaj Bagi Mobile Unit, Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Bintulu, Sarawak telah diadakan pada 10 Mac 2023 (Jumaat) bertempat di Garaj Bagi Mobile Unit, Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Bintulu, Jalan Tun Razak, 97000 Bintulu, Sarawak.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Kueh Song Ping. Jurutera Awam Kanan, Pasukan Projek Khas 2 dan kepada YBrs. Puan Rami Gendang, Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Bintulu, Sarawak

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran pegawai -pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, pegawai-pegawai Pasukan Projek Khas 2 Sarawak, YBrs. Encik Sophie Bin Shariee, Pengurus O.P Enterprise selaku Kontraktor Utama Projek, serta pegawai-pegawai Kimia Malaysia, Cawangan Bintulu.

Projek ini dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Rolling Plan 1 (RP1) dengan kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Sebut Harga oleh Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (BPP2) selaku Head of Project Team (HOPT) dan projek ini diselia oleh Pasukan Projek Khas 2. Pembinaan projek ini telah bermula pada 19 September 2022 dan hingga 27 Februari 2023. Walaubagaimanapun, projek ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada 24 Februari 2023 iaitu 3 hari lebih awal daripada tarikh siap semasa.

Skop kerja utama projek ini merangkumi kerja meroboh kerb jalan sedia ada dan membina semula kerb serta jajaran longkang perimeter, penurapan sebahagian jalan dan membina satu unit Garaj bagi menempatkan trak ‘Mobile Unit’. Projek ini turut berjaya disiapkan secara 3 in 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Lukisan Siap Bina (As-built Drawing)
  3. Statement Of Final Account (SOFA)

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pasukan Projek Khas 2 Sarawak dengan kerjasama dan sokongan yang sangat baik daripada Cawangan Kerja Bangunan Am 2 dan HODT JKR Malaysia, komitmen yang terbaik dari O.P Enterprise Sdn. Bhd. serta semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan projek ini disiapkan dengan jayanya.