Date: Rabu, Mei 15, 2019

Pada 15 Mei 2019, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman.

Kunjungan YBhg. Datuk Seri KSU dimulakan dengan mengunjungi Pejabat  Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman dan timbalan – timbalan ketua pengarah serta pengarah-pengarah kanan JKR. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBhg. Datuk Seri KSU telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nilam 2, Aras 1. Turut diadakan pembentangan penguatkuasaan AP182 dan status pelaksanaan projek oleh wakil JKR.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.