Pada 10 April 2025 (Khamis) telah berlangsung satu sesi libat urus Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan), Kementerian Kerja Raya. Kunjungan delegasi telah disambut oleh YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan). Sesi tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Seroja, Aras 5, Blok A, Kementerian Kerja Raya.
YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat mengetuai delegasi CDPK bersama semua Ketua-ketua Bahagian di CDPK iaitu:
- YBrs. Puan Tee Get Lien, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;
- YBrs. Encik Mohamad Sabri bin Saleh, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat;
- YBrs. Ir. Nor Aznita binti Yusof, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat;
- YBrs. Puan Maimunah binti Zakariah, Ketua Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Sokongan;
- YBrs. Ir. Ahmad Faris bin Mohd Salleh, Ketua Bahagian Sekretariat;
- YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ir. Haji Abdul Rani bin Harun, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti;
- YBrs. Ir. Janari bin Sekeli, Ketua Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan;
- YBrs. Ir. Fazela binti Mustapha, Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi;
- YBrs. Ir. Mohd Nizam bin Din, Ketua Bahagian Integriti; dan
- YBrs. Encik Fasyan Rizal bin Mokhtar, Menjalankan Tugas Ketua Bahagian Kewangan dan Akaun.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman di atas kesudian menerima kunjungan delegasi Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.
Adalah diharapkan sesi libat urus ini dapat memperkukuh sinergi pihak pengurusan Kementerian Kerja Raya dan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat khususnya, dalam keberkesanan penyampaian perkhidmatan jabatan yang holistik dan berkesan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 387 bacaan