Date: Rabu, September 13, 2023

Satu Sesi Kunjungan Hormat dan Libat Urus JKR Malaysia bersama JKR Sabah dan JKR Sarawak telah diadakan pada 12 September 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Kinabalu JKR Sabah.  Sesi Libat Urus yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab. Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah disambut mesra oleh oleh Tuan Philemon Lajawai, Timbalan Pengarah (Sektor Bangunan).  Turut menyambut bersama adalah Ir. Ts Dr Cassidy Anak Morris, Timbalan Pengarah Infrastruktur dari JKR Sarawak. 

Sesi ini dihadiri oleh sembilan (9) Kementerian iaitu wakil dari Kementerian Ekonomi,  ICU Putrajaya, ICU Sabah dan ICU Sarawak,  Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia dan turut hadir juga adalah wakil Jabatan Perdana Menteri iaitu Setiausaha Persekutuan Sabah. Selain dari itu, Pengarah Kanan, Pengarah, wakil Cawangan dari JKR Malaysia turut hadir sama didalam sesi ini.

Tujuan sesi libat urus JKR Malaysia Bersama JKR Sabah dan Sarawak ini diadakan adalah untuk menjalinkan Kerjasama Strategik di dalam pelaksanaan projek Pembangunan Persekutuan di Sabah dan Sarawak secara amnya dan mencari titik penyelesaian isu-isu masalah yang berbangkit semasa pelaksanaan projek fizikal pembinaan mahupun projek penyenggaraan, ubah suai dan naiktaraf.

Sesi diakhiri dengan beberapa perkara  yang dipersetujui bersama  di dalam pelaksanaan projek pembangunan persekutuan di Sabah dan Sarawak seperti keperluan penyediaan Anggaran Kos Awalan,  bantuan untuk mempercepatkan projek kelulusan Kebenaran Merancang, meningkatkan aspek pengemaskinian pelaporan status projek (termasuk SKALA dan SPSB), membantu didalam penyediaan unjuran peruntukan dan peruntukan tambahan untuk diangkat ke Kementerian Pelanggan , menambah baik proses kerja bagi kelulusan Lembaga Perolehan , mempercepatkan proses iklan, pengeluaran Surat Setuju Terima, menyegerakan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dan lain-lain lagi.

Secara umumnya sesi ini berlangsung secara harmoni dan profesional dimana perkara-perkara yang dibincangkan mendapat respon positif dari pihak JKR Sabah dan JKR Sarawak ke arah penambahbaikan pada masa akan datang.  Ianya juga dilihat dapat memperkukuhkan komitmen bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan sama ada di peringkat perancangan dan pelaksanaan di tapak dapat diselesaikan. Adalah diharapkan sesi libat urus ini menjadi satu platform dan medium yang efektif dalam memperkasakan pelaksanaan projek yang telah diamanahkan untuk dijayakan bersama.  

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

 

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak

libat urus sabah sarawak