Date: Jumaat, Februari 9, 2024

Pada 6 Februari 2024 telah berlangsung satu Sesi Libat Urus Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK), YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin bersama Pegawai-Pegawai Kader JKR di Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) bertempat di Dewan Serbaguna, JPS Malaysia, Cyberjaya.

Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak, Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) selaku Wakil Ahli Majlis Tindakan Kader (MTK), YBrs. Ir. Azizul Bin Ahmad Azly, pegawai - pegawai daripada Ibu Pejabat JKR Malaysia serta Pegawai-Pegawai KADER JKR di Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS). Dianggarkan seramai 70 Pegawai Kader JKR terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang berkhidmat di Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia.

Sesi ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan bersama Pegawai-Pegawai Kader JKR yang bertugas di Kementerian/Jabatan/Agensi Pelaksana bersama pihak Pengurusan Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Aturcara bermula dengan ucapan aluan daripada Pengarah Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak (JPS) dan diteruskan dengan ucapan daripada YBhg. Dato’ Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) serta disusuli perbentangan oleh YBrs. Ir. Mukhzani Bin Latif wakil dari Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu berkenaan peranan Pegawai Kader JKR dalam Pelaksanaan Projek/Program di Kementerian/Jabatan/Agensi Pelaksana.

Program ini juga diteruskan dengan sesi soal jawab pelbagai perkara yang berbangkit melibatkan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Antara intipati soal jawab adalah hal ehwal kebajikan serta permasalahan yang wujud di kalangan pegawai-Pegawai Kader JKR, selain berkongsi idea dan pendapat.

Sesungguhnya program ini telah memberi laluan dalam mewujudkan rasa keperihatinan pengurusan Jabatan Kerja Raya Malaysia terhadap Pegawai - Pegawai Kader JKR yang berkhidmat di Kementerian/Jabatan/Agensi pelaksana dengan penuh komited dan dedikasi dalam menggalas tanggungjawab seterusnya membawa reputasi baik dan jenama unggul JKR secara amnya. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamat yang diingini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sesi libat urus ini.