Date: Khamis, Disember 3, 2020

Pada 2 Disember 2020 (Rabu), telah berlangsung Sesi Penghargaan Kepada Pasukan JKR Yang Terlibat Dengan Transformasi Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Kepada Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah.


Sesi penghargaan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan turut diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Datuk Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, YBrs. Ir. Hj. Masri bin Baharuddin.

YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Kerja Raya merakamkan penghargaan yang tak terhingga kepada semua ahli pasukan yang terlibat dengan projek transformasi ini kerana berjaya menyiapkan projek yang segera dalam tempoh yang amat singkat iaitu 3 hari sahaja. Penyampaian sijil penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Kerja Raya kepada semua penama seperti berikut:

PASUKAN ARKITEK:

i)    YBrs. Puan Nik Ainun Zanariah binti Nik Abd. Rashid (Pengarah Bhg. Reka Bentuk 1, Cawangan Arkitek)

ii)   YBrs. Ar. Hasnah binti Yun (Mantan Pengarah Bhg. Kepakaran Fasiliti Kesihatan, Cawangan Arkitek)

iii)  Puan Rahawiah binti Shafiei (Arkitek Penguasa, Cawangan Arkitek)

iv)  Ar. Mohd. Firdaus bin Mohd. Zainol (Arkitek Kanan, Cawangan Arkitek)

v)   Puan Nur Zuliana binti Mohd. Nor (Arkitek Kanan, Cawangan Arkitek)

vi)  Ar. Norzaiti binti Ahmad Zubaidi (Arkitek Kanan, PPK 1)

vii) Ar. Mohd Erwan bin Othman (Arkitek Kanan, Cawangan Arkitek)

viii) Puan Siti Nor Faizah binti Omar (Arkitek, Cawangan Arkitek)

 

PASUKAN JURUTERA MEKANIKAL:

ix) Ir. Ahamad Apandi bin Lakin (Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal)

x)  Ir. Hisham bin Mokhtar (Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal)

 

PASUKAN JURUTERA ELEKTRIK:

xi) Encik Muhammad Syukri bin Khasim (Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik)

xii) Cik Salizawati binti Hj. Shamsuddin (Jurutera Elektrik Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Elektrik)

xiii)  Encik Norfaizal bin Mahat Nor (Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik)

 

Projek transformasi Pusat MAEPS kepada Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah melibatkan 2 dewan utama dengan keluasan 14,200 meter persegi dan berkemampuan menempatkan 604 pesakit pada satu-satu masa.

Projek ini turut melibatkan 12 agensi yang lain selain daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan lain-lain.

Kejayaan pelaksanaan projek ini merupakan satu pengiktirafan kepada Jabatan Kerja Raya dan memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada semua pihak yang terlibat. Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal oleh pasukan JKR serta kolaborasi pihak berkaitan, terutamanya Bahagian Perancangan KKM menjadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS yang serba lengkap dengan keperluan asas ini sebagai satu lagi catatan projek bersejarah negara dan manifestasi dedikasi, komitmen dan kerjasama jitu oleh semua pihak ke arah menangani pandemik COVID-19.

Syabas dan tahniah Jabatan Kerja Raya Malaysia !