Date: Rabu, Januari 22, 2025
TEMPAT PERTAMA:JKR NEGERI JOHOR
TEMPAT KEDUA:PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)
TEMPAT KETIGA: CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU (CPAB)
ANUGERAH PENYELARAS PEMENTORAN TERBAIK TAHUN 2024:JKR NEGERI PAHANG
Anugerah Mentor Menti Cemerlang JKR adalah merupakan inisiatif JKR sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan yang telah diberikan oleh pasangan mentor dan menti sepanjang pelaksanaan program selama enam (6) bulan bermula dari 14 Mac 2024 hingga 14 September 2024. Di samping itu, Anugerah Penyelaras Terbaik Program Pementoran JKR Tahun 2024 turut diberi bagi menghargai sumbangan Penyelaras pementoran JKR dalam memastikan program berjalan lancar.
Sebanyak 22 Cawangan/ JKR negeri telah menghantar wakil untuk menyertai sesi akhir pembentangan yang telah diadakan pada 5 hingga 6 November 2024. Pemilihan pemenang anugerah ini ditentukan oleh panel penilai yang berpengalaman dalam bidang pementoran.
Sesi Penyampaian Sijil Anugerah Mentor Menti Cemerlang (AMC) JKR Malaysia Tahun 2024 telah diadakan pada 16 Januari 2025 bersempena dengan Mesyuarat Pengarah (MP) JKR Malaysia Bil. 1/2025. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya.
Pemenang Anugerah Mentor Menti Cemerlang JKR Malaysia Tahun 2024 dan Penyelaras Pementoran Terbaik JKR Tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Tempat pertama: JKR NEGERI JOHOR
Ir. Ahmad Zaki bin Salikin (Mentor)
En. Mohamad Amir bin Jusoh (Menti)
- Tempat kedua: PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)
Ir. Norliza binti Abdullah (Mentor)
En. Muhammad Haziq Taqiuddin bin Rezuwan (Menti)
- Tempat ketiga: CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU (CPAB)
Puan Roslina bt Koming @ Hj Abd Aziz (Mentor)
Puan Norfitri binti A. Latiff (Menti)
- Penyelaras Terbaik: JKR NEGERI PAHANG
Puan Azlinawati binti Azmi
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Mentor Menti Cemerlang (AMC) JKR Malaysia Tahun 2024. Semoga anugerah ini memberi inspirasi kepada warga JKR untuk lebih cemerlang.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat




- 592 bacaan