Date: Selasa, Oktober 17, 2023

Bertempat di ruang lobi Tingkat 33 Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia, pada 16 Oktober 2023 telah diadakan sesi penyerahan Buku Statistik Jalan Edisi 2023 oleh Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), YBrs. Ir. Ts. Hj. Mohd Nasir bin Bontat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Turut hadir bersama-sama ialah Ir. Muhammad Harridzan bin Abdullah, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Aset dan Fasiliti, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan.

Buku Statistik Jalan merupakan buku yang diterbitkan setiap tahun oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. Buku ini mengandungi maklumat mengenai:

      i.        Perincian Statistik Jalan
    ii.        Daftar Jalan Persekutuan
   iii.        Daftar Had Laju Jalan Persekutuan
   iv.        Perintah Sekatan Berat Jalan Persekutuan
    v.         Perintah Larangan Penggunaan Jalan (Larangan Masa)
   vi.        Jalan Negeri daripada Kementerian Kewangan Malaysia
  vii.        Jalan Protokol di Jalan Persekutuan
 viii.        Senarai ASEAN Highway di Malaysia
   ix.        Bilangan jambatan, jejantas, pembetung dan lampu isyarat di Jalan Persekutuan.

Maklumat daripada Buku Statistik Jalan adalah amat bernilai untuk perkara-perkara berikut:

      i.        Merancang dan menyenggara jalan dengan lebih berkesan
    ii.        Pembinaan dan menaiktaraf jalan
   iii.        Operasi pihak penguatkuasa
   iv.        Pembangunan tepi jalan
    v.         Laluan kenderaan perdagangan
   vi.        Rujukan Kementerian dan agensi kerajaan