Date: Khamis, Jun 6, 2024

Pada 5 Jun 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Berlian Aras 2, Menara Kerja Raya telah berlangsungnya satu Sesi Penyerahan Dokumen Laporan Pencapaian Pelan Strategik JKR Malaysia Tahun 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya. Penyerahan dokumen tersebut berlangsung sejurus selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko Organisasi JKR Malaysia Bil. 1/2024. Sesi penyerahan ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi (BPPP), CDPK yang diterajui oleh YBrs. Ir. Fazela binti Mustapa selaku Ketua Sekretariat Pelan Strategik JKR Malaysia.

Majlis dimulakan dengan penyerahan dokumen tersebut oleh YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik kepada barisan Pengurusan Atasan JKR dan Peneraju Tema terdiri daripada:

  1. YBrs. Ir. Ng Seng Huat​ mewakili YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan juga selaku Penaja Pelan Strategik JKR Malaysia;
  2. YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar);
  3. YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat selaku Setiausaha Pelan Strategik JKR;
  4. YBrs. Ir. Hajjah Atikah binti Zakaria @ Ya mewakili YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu selaku Peneraju Tema 1;
  5. YBrs. Pn. Sue Alina binti Abdul Aziz mewakili YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 selaku Peneraju Tema 2;
  6. YBrs. Ir. Noreha binti Nordin, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur selaku Peneraju Tema 3;
  7. YBrs. Ar. Sharina Intan binti Abdullah, Pengarah Reka Bentuk yang menjalankan tugas Pengarah Kanan Cawangan Arkitek selaku Peneraju Tema 4; dan
  8. YBrs. Pn. Nur Shahirah bt Mohd Noor mewakili Ir. Noor Ashikin binti Md. Tamimi, Pengarah Khidmat Pakar yang menjalankan tugas Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik selaku Peneraju Tema 5.

Majlis diakhiri dengan penyerahan dokumen oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat selaku Setiausaha Pelan Strategik JKR kepada YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya dan juga selaku Pengerusi Pelan Strategik JKR Malaysia.

Laporan Pencapaian Pelan Strategik JKR 2023 ini adalah merangkumi pencapaian pengukuran prestasi tahun semasa yang meliputi kesemua lima (5) Tema Strategik utama. Penghasilan dokumen ini diharapkan akan menjadi pencetus semangat dan iltizam buat semua warga JKR dalam menyusun pelan tindakan yang lebih komprehensif dan bersepadu bagi memperkasakan pelaksanaan Pelan Strategik JKR 2021-2025 agar peranan JKR Malaysia sebagai agensi teknikal utama negara kekal relevan.