Date: Khamis, Mei 25, 2023

Pada 23 Mei 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Berlian Aras 2, Menara Kerja Raya telah berlangsungnya satu Sesi Penyerahan Sijil Penghargaan dan Dokumen Laporan Pencapaian Pelan Strategik JKR Malaysia Tahun 2022 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya sejurus selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko Organisasi JKR Malaysia Bil. 1/2023. Penganjuran majlis ini adalah bersempena kejayaan pencapaian 100% Pelan Strategik JKR selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2021 dan 2022.

Sesi penyerahan ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi (BPPP), CDPK yang diterajui oleh YBrs. Ir. Ts. Dr. Hj. Zarabizan bin Hj. Zakaria selaku Ketua Sekretariat Pelan Strategik JKR Malaysia. Simbolik majlis ini adalah penyerahan kedua-dua sijil penghargaan dan dokumen tersebut oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Kerja Raya kepada Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik JKR   :

  1. YBhg. Dato' Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri​, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) – selaku Penaja Pelan Strategik JKR Malaysia
  2. YBrs. Sr, Amran bin Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) – selaku Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik JKR
  3. YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat – selaku Setiausaha Pelan Strategik JKR
  4. YBrs. Ir. Mohamad Darus bin Selamat, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu – Wakil Peneraju Tema 1
  5. YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 - Peneraju Tema 2
  6. YBrs. Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Khalik, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur - Peneraju Tema 3
  7. YBhg. Datin Ar. Yong Razidah binti Rashid, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek – Peneraju Tema 4
  8. YBrs. Ir. Husin bin Mustafa, Pengarah Perunding Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Elektrik – Wakil Peneraju Tema 5
  9. YBrs. Ir. Ts. Dr. Hj. Zarabizan Bin Hj. Zakaria, Ketua Bahagian Pengurusan dan Perubahan Prestasi – selaku Ketua Sekretariat Pelan Strategik JKR

Pencapaian Pelan Strategik JKR bagi tahun 2022 bukan sahaja merangkumi pengukuran prestasi tahun semasa, namun ia juga akan menyumbang kepada prestasi keseluruhan Pelan Strategik JKR Malaysia 2021-2025 yang akan dinilai pada akhir tahun 2025 kelak.

Objektif utama penghasilan Laporan Pencapaian Pelan Strategik JKR 2022 ini adalah bagi memperincikan secara komprehensif kesemua pencapaian pengukuran-pengukuran prestasi yang meliputi kesemua lima (5) Tema Strategik utama dan juga sebagai lesson learned serta panduan bagi pelaksanaan Pelan Strategik JKR untuk tahun yang akan datang.

Penghasilan dokumen ini diharapkan akan menjadi pencetus semangat dan iltizam buat semua warga JKR dalam menyusun pelan tindakan yang lebih bersistematik dan bersepadu ke arah memperkasakan pelaksanaan Pelan Strategik JKR 2021-2025 agar peranan JKR Malaysia sebagai agensi teknikal utama negara kekal relevan.