Date: Khamis, Jun 15, 2023

Menara Kerja Raya │ Alhamdulillah, YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah menyempurnakan penyerahan zakat wakalah melalui Surau Kementerian Kerja Raya daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada penerima zakat terdiri daripada warga JKR Ibu Pejabat, Kuala Lumpur yang berkelayakan. Turut hadir menyaksikan penyerahan ini adalah , wakil daripada Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) YBrs. Ir. Hj. Ashlie bin Hj. Abdul Rahim, Ketua Bahagian Sekretariat, YBrs. Ir. Janari b. Sekeli, Ketua Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan dan YBrs. Ir. Ts. Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi, Bahagian Sekretariat.

Untuk makluman, JKR Ibu Pejabat  telah menerima sejumlah RM 64,400.00 bagi diagihkan kepada seramai 161 orang warga JKR Ibu Pejabat yang layak untuk menerima agihan zakat. Dititipkan doa’ kepada semua para penerima wang zakat JKR Ibu Pejabat, agar dipermudahkan-Nya dalam segala urusan kehidupan di dunia dan Akhirat.

Sekalung penghargaan dan apresiasi buat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Surau Kementerian Kerja Raya, Surau Menara Kerja Raya (Blok G), Surau JKR Blok F, dan semua umat Islam yang telah menunaikan ibadah zakat demi kebaikan dan kesejahteraan ummah.

Firman Allah SWT

 “Dan dirikanlah kamu akan solat serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”

Surah An-Nur: Ayat 56