Pada 18 September 2023, satu sesi perjumpaan antara Ahli Majlis Tindakan Kader (MTK) bersama YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah berlangsung di Ibu Pejabat JKR Malaysia. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) dan juga wakil – wakil bahagian di CDPK.
Sesi perjumpaan tersebut julung kalinya diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara pegawai Kader JKR dan Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia. Dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk KPKR turut menyampaikan amanat serta visi dan misi Jabatan selaras dengan pembangunan negara dan juga peranan Ahli Majlis Tindakan Kader (MTK) sebagai satu platform medium penghubung penyampaian maklumat – maklumat / arahan / garis panduan daripada Ibu Pejabat JKR kepada pegawai-pegawai Kader di Kementerian/Jabatan/Agensi.
YBhg. Datuk KPKR merakamkan turut setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai Kader JKR yang telah memainkan peranan penting dalam membantu pelaksanaan dan pengurusan projek di Kementerian/Jabatan/Agensi dan secara tidak langsungnya memperjelaskan bahawa peranan JKR sebagai penasihat teknikal adalah signifikan. Turut diadakan juga sesi perkongsian idea, pendapat dan perbincangan hal ehwal kebajikan pegawai Kader JKR serta permasalahan yang wujud di kalangan pegawai-pegawai Kader JKR.
Di akhir sesi, YBhg. Datuk KPKR berharap pegawai-pegawai Kader JKR sentiasa menjaga nama baik Jabatan semasa berkhidmat di Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan dan berusaha menjalankan tugas dengan baik serta cemerlang bagi memastikan pembangunan infrastruktur negara dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamat yang diingini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat yang telah berjaya menguruskan sesi ini.
- 1729 bacaan