Date: Isnin, November 25, 2019

Pada 21 November 2019 satu sesi taklimat Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 telah diadakan bertempat di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi (CREaTE) anjuran Bahagian Integriti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

Objektif utama taklimat ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan dan panduan kepada warga jabatan tentang keperluan, peranan dan tanggungjawab dalam memastikan NACP serta agenda pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan sempurna selaras dengan usaha kerajaan dalam pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran kerajaan.

Sesi taklimat yang telah disempurnakan oleh YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) ini telah dihadiri oleh Pengarah Kanan Cawangan, Pengarah Cawangan, Pengarah Negeri, Pegawai serta Penolong Pegawai Integriti dan juga Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) ini telah menjemput Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan Antirasuah daripada Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) iaitu Puan Shamina binti Ali bagi bersama-sama berkongsi ilmu, idea serta pengalaman dalam usaha menyokong kerajaan dalam menjayakan agenda anti rasuah di negara ini. 

Diharapkan agar ilmu yang diperolehi melalui taklimat ini dapat memberi manfaat kepada Jabatan Kerja Raya dan segala tindakan yang akan diambil dalam pelan ini dapat dilaksanakan dengan komited oleh semua pihak bagi memastikan visi Kerjaaan untuk mewujudkan negara bebas rasuah tercapai.