Date: Jumaat, Jun 16, 2023

15 Jun 2023│, YBrs. Ir. Hj. Badioezmaan bin Ab. Khalik, menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Bangunan telah memberikan taklimat penganjuran Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) tahun 2023 kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausana Kementerian Kerja Raya.

Turut hadir bersama dalam taklimat ini adalah YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), YBrs. Ir. Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajuddin, Pengarah Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE), YBrs. Ir. Hj. Ashlie bin Hj. Abdul Rahim, Ketua Bahagian Sekretariat (CDPK), YBrs. Sr. Dr. Khairil Hizar bin Md. Khuzaimah, Jurukur Bahan Penguasa, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Puan Noor Azira bt. Ibrahim, Jurutera Elektrik Kanan (CDPK) dan Ir. Ts. Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi, Jurutera Mekanikal (CDPK).

Sesi taklimat di Bilik Seroja, Aras 5, Blok A, KKR ini, meliputi latar belakang HPTN, sambutan HPTN 2023, Perancangan Strategik HPTN lima (5) tahun dan  peruntukan bagi penganjuran HPTN.  Alhamdulillah, bagi memperkasakan sambutan HPTN, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) , telah bersetuju menjadi penaung HPTN bersama agensi KKR iaitu, JKR, CIDB dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).