Date: Selasa, Julai 30, 2024

Pada 25 Julai 2024, Sesi Temu Sua Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, YBrs. Encik Mohd Sakeri bin Abdul Kadir bersama Jabatan Kerja Raya telah diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian, Menara Kerja Raya Blok G bermula jam 8.30 pagi. Sesi ini bertujuan untuk mendalami penstrukturan setiap sektor di JKR dan menjadi medium perbincangan dua hala dengan pejabat TKSU Pengurusan KKR.

Kehadiran TKSU disambut oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); YBhg. Dato' Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar).

Turut hadir bersama adalah Pengarah-pengarah Kanan JKR, Pengarah-pengarah Portfolio Pengurusan, Pengarah-pengarah Sektor Bangunan, Sektor Infra dan Sektor Pakar JKR.

Pembentangan Sesi Temu Sua dimulai dengan Portfolio Pengurusan (CDPK, CPAB dan CREaTE) oleh Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah CDPK dan seterusnya oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Ibrahim bin Esa yang mewakili Sektor Infra dan disusuli oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Badioezaman, Timbalan Kerja Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan. Pembentangan Sektor Pakar pula disampaikan oleh YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad.

Sesi pembentangan setiap sektor ini antaranya menerangkan struktur organisasi, fungsi dan skop cawangan-cawangan, isu-isu serta cabaran-cabaran terutamanya yang melibatkan pengurusan di JKR.

Semoga sesi temu sua ini berjaya mencapai hasrat yang ditetapkan di samping dapat mengenal dan mengeratkan lagi hubungan antara KKR dan JKR. Sesi telah berakhir pada jam 2.00 petang dengan keberangkatan TKSU (P).