Date: Rabu, Januari 18, 2017
18 JAN 2017- Satu sesi temubual YBhg.Dato' Sri Ir.Dr. Roslan b Md Taha, bersama Wartawan Sin Chew Jit Poh telah berlangsung di Pejabat KPKR Tingkat 33, Menara Kerja Raya. Sesi temubual tersebut telah berlangsung selama 1 jam bertujuan untuk mengupas isu am keselamatan jalan raya dengan fokus kepada pembinaan penghadang jalan beroda yang dikenali sebagai ‘Rolling Barrier’. 
 
Mengulas tentang penghadang jalan jenis ini KPKR telah menerangkan bahawa ianya adalah satu ujian penggunaan teknologi baru bagi meningkatkan keselamatan jalanraya. Iannya telah dipasang di Pusingan U FT15 Subang Jaya sepanjang 100m. Lokasi ini dipilih kerana ia merupakan satu kawasan titik hitam (black Spot). Ia berfungsi untuk menyerap hentakan dan mengalihkan impak hentaman ke depan melalui tiub-tiub plastik yang kuat di dalam sistem tersebut yang mengurangkan kesan pelanggaran kepada pemandu. Walaubagaimanapun penggunaannya akan dikenalpasti untuk kawasan yang paling memerlukan kerana kos yang agak tinggi berbanding sistem penghadang biasa.
 
Menjawab soalah tentang usaha-usaha JKR untuk mengurangkan kemalangan jalanraya, KPKR menerangkan bahawa ianya memerlukan pendekatan holistik merangkumi 3E, iaitu; Engineering, Enforcement dan Education. JKR hanya bertanggungjawab dalam aspek Kejuruteraan (Engineering) manakala agensi-agensi yang lain adalah terlibat dengan aspek 2E yang lain. Dari segi Kejuruteraan JKR telah mematuhi kod-kod piawai antarabangsa dalam rekabentuknya. Aspek kesedaran awam mematuhi arahan-arahan papantanda di jalanraya perlu tingkatkan.
 
Berkenaan kecacatan biasa di jalan raya, KPKR menerangkan bahawa kenderaan lebih muatan adalah musuh terbesar kita kerana jalanraya direkabentuk untuk menampung bebanan-bebanan yang ditetapkan. Disamping itu musuh utama jalan adalah air kerana air mampu menyerap dan melemahkan struktur jalan menyebabkan berlakunya potholes dan lain-lain tanda stress. 
 
Menyentuh tentang pemantauan kerja syarikat-syarikat konsesi, KPKR memaklumkan bahawa jurutera-jurutera daerah JKR adalah bertanggungjawab mengesahkan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak konsesi sebelum ianya boleh dibayar. Beliau menerangkan bahawa JKR sudah ada 15 saluran aduan untuk pengguna mengadu. Setiap aduan pothole akan diselesaikan di dalam masa 24 jam. Disamping itu kaedah terbaru adalah dengan menyertai RakanKKR untuk memaklumkan apa jua masaalah kepada JKR. Untuk Tahun 2016 sebanyak 1140 aduan telah diterima dan 1115 telah diselesaikan, iaitu 98% dari jumlah aduan.
 
Semoga artikel yang bakal diterbitkan hasil daripada sesi temubual ini akan dapat memberi pencerahan berkaitan isu-isu penyenggaraan jalan kepada rakyat secara umumnya dan dapat meningkatkan budaya selamat di jalanraya.