Date: Jumaat, November 1, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pekhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan Ybrs. Ir. Haji Othman Bin Ibrahim ke Gred Utama C sebagai Pengarah, Bahagian Teknikal, Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara, Jabatan Perdana Menteri mulai  1 November 2019.

Majlis penyampaian surat kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 1 November 2019, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

Sehubungan itu, warga Jabatan Kerja Raya ingin mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan di atas kejayaan dan berharap dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengn penuh dedikasi, professional dan berintegriti dalam memastikan Jabatan ini terus cemerlang. Semoga matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.

Tahniah sekali lagi diucapkan.