Date: Jumaat, Ogos 30, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pekhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan YBrs. Ir. Mohd Rahim Bin Kawangit ke Gred Utama B (Memangku) sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya mulai 30 Ogos 2019.

Majlis penyerahan watikah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 30 Ogos 2019, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan YBrs. Ir. Suhaili Bin Mansor yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

Sehubungan itu, warga Jabatan Kerja Raya ingin mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan di atas kejayaan YBrs. Ir. dan berharap dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengn penuh dedikasi, professional dan berintegriti dalam memastikan Jabatan ini terus cemerlang. Semoga matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.

Tahniah sekali lagi diucapkan.