Date: Jumaat, November 16, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan YBrs. Ir. Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid ke Jurutera Mekanikal Gred Utama C dan ditempatkan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli berkuat kuasa 12 November 2018.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemangkuan tersebut dan menaruh kepercayaan penuh kepada beliau untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang seterusnya mengharumkan nama jabatan.