Date: Jumaat, November 22, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan pelantikan YBrs. Ir. Kamaluddin bin Abdul Rashid sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) mulai 22 November 2019. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 22 November 2019.

Seluruh warga JKR mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut. Sesungguhnya dengan pelantikan ini pastinya menjadi pendorong untuk meningkatkan lagi perkhidmatan selain memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.