Date: Khamis, Disember 31, 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs.  En. Kamalaldin bin Abd. Latif, Jurutera Awam Gred Utama  C (Memangku)
Pengarah Pembinaan LPT Fasa 2 ditukarkan ke jawatan Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR

Manakala YBrs. Ir. Hj. Samsudin bin Wan Nik, KPPK Mekanikal Gred J54 dilantik ke jawatan
Pengarah, Bahagian Pembangunan Rekabentuk, CKM, Ibu Pejabat JKR dengan memangku Gred Utama C, dan YBrs. Sr. Hajah Hashimah binti Harun, Pengarah CLI Gred J54 dilantik ke jawatan
Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Ibu Pejabat JKR dengan memangku Gred Utama C.

Semua pelantikan berkuatkuasa mulai 31 Disember 2015.

Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan selamat datang kepada YBrs. En. Kamalaldin bin Abd. Latif ke Ibu Pejabat JKR Malaysia dan tahniah kepada YBrs. Ir. Samsudin bin Wan Nik dan YBrs. Sr. Hajah Hashimah binti Harun di atas pemangkuan ke Gred Utama C. Semoga dengan perlantikan ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR

YBrs. En. Kamalaldin bin Abd. Latif , Jurutera Awam Gred Utama  C (Memangku)
Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR 
YBrs. Ir. Hj. Samsudin bin Wan Nik
Pengarah, Bahagian Pembangunan Rekabentuk, CKM, Ibu Pejabat JKR
(memangku Gred Utama C) 
YBrs. Sr. Hajah Hashimah binti Harun
Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Ibu Pejabat JKR
(memangku Gred Utama C)