Date: Khamis, Disember 29, 2016
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Norhayati Binti Mat Wajid, Jurutera Mekanikal Penguasa, Bahagian Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal , Ibu Pejabat JKR Malaysia kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Ph.D beliau dan dianugerahkan Ijazah "Doctor Of Philosophy in Sustainable Energy Technology" pada 13 Disember 2016 oleh University of  Nottingham, United Kingdom. Beliau telah menyempurnakan kajian bertajuk “Investigation of A Novel Thermochemical Heat Storage Systems for Building Applications”.
 
Semoga kejayaan beliau menjadi pendorong kepada warga JKR yang lain untuk sama-sama meningkatkan kompetensi masing-masing. Tahniah sekali lagi.