Date: Rabu, Julai 4, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat YBRS. Ir. ZULKIFLI BIN AHMAD, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN (J54) KE JURUTERA MEKANIKAL GRED UTAMA C KHAS UNTUK PENYANDANG, KETUA PASUKAN PROJEK, PASUKAN PENGURUSAN PROJEK, KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI berkuat kuasa mulai 7 Julai 2018.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut. Semoga kenaikan pangkat beliau akan memberi inspirasi kepada seluruh warga JKR yang lain untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi kecemerlangan Jabatan.