Sukacita dimaklumkan Malaysian Structural Steel Association (MSSA) dengan kolaborasi bersama Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur (CKAS) Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan satu program SIMPOSIUM KEJURUTERAAN AWAM & STRUKTUR (SiKAS) 2024 pada 6-7 Ogos 2024 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Simposium ini bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai kejuruteraan dan teknologi terkini dalam pembinaan dengan disokong oleh dasar dan inisiatif Kerajaan untuk pembangunan ekonomi yang berterusan terutamanya dalam industrI keluli. Di samping itu, perkongsian teknologi ke arah masa depan yang lestari menjadi hala tuju kita untuk mengatasi cabaran yang tidak dijangka demi keselamatan dan kesejahteraan pengguna. Seterusnya adalah diharapkan Simposium ini dapat memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan adaptasi teknologi dalam bidang kejuruteraan (contohnya: melalui transformasi pendigitalan Artificial Inteligent (AI) dan Building Information Modelling (BIM)) yang menyumbang kepada kelestarian dalam pembangunan infrastruktur.
Program ini terbuka kepada pelbagai sektor, Awam dan Swasta seperti Perunding, Kontraktor, Pelajar, Pensyarah serta Pembekal bagi berkongsi pandangan dan idea.
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang berminat adalah dijemput untuk menyertai. Penyertaan boleh dibuat secara atas talian melalui imbasan kod QR atau pautan https://tinyurl.com/RegisterSiKAS2024. Tarikh tutup penyertaan dan pembayaran adalah pada 3 Julai 2024.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Urusetia Program, En. Badrul Hisham Bin Hasbi di talian 03-26189257 @ emel kepada sikas2024 @ gmail.com
Yuran penyertaan adalah RM1000 untuk Agensi Kerajaan dan RM1200 untuk Agensi Swasta.
Sila klik untuk muat turun brosur penyertaan
https://www.jkr.gov.my/sites/default/files/upload/BROCHURE_%20JKR%20SiKAS%202024.pdf
- 1386 bacaan