Date: Jumaat, Oktober 12, 2018

Untuk makluman, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) telah membangunkan Sistem J-Truss yang merupakan sistem permohonan dan kelulusan pembekal kekuda bumbung projek-projek bangunan secara atas talian bagi menggantikan permohonan secara konvensional atau manual.

Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan Pegawai Penguasa (P.P) / Wakil Pegawai Penguasa (W.P.P) mengakses maklumat pembekal sistem kekuda bumbung yang berdaftar dengan JKR dengan lebih mudah serta dokumen penting dan waranti dapat disimpan dengan lebih sistematik.

Surat arahan KPKR Bil.19/2018 yang bertarikh 19 September 2018 telah dikeluarkan dan arahan pelaksanaan berkuatkuasa pada tarikh surat ditandatangani.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan berhubung perkara ini boleh hubungi Urusetia Kekuda Bumbung di talian berikut:

        a. Puan Nor Azizah Binti Mohammed Rum            : 03-2618 9208
        b. Encik Rasydan Syahrin bin Ramli                       : 03-2618 9621
        c. Puan Nor Nabiza Binti Ghani                               : 03-2618 9622
        d. Encik Muhammad Asyraf bin Amrin                    : 03-2618 9624

Disediakan oleh;

Urusetia Kekuda Bumbung
Bahagian Pembangunan & Penyelidikan
Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Kuala Lumpur