Date: Isnin, Jun 27, 2022

Ucapan Syabas dan tahniah kepada dua (2) pegawai JKR yang telah menyumbangkan idea segar dan perkongsian ilmu berkaitan dengan kepakaran dalam bidang teknikal. Platform atau medium persidangan tersebut menjadi wadah yang bernas dalam merekayasa merekayasa penambahbaikan mutu perkhidmatan dan memberi nilai tambah yang tinggi kepada pengetahuan baru. Penglibatan warga JKR dalam persidangan-persidangan luar adalah sebahagian daripada strategik organisasi kearah memantapkan keberhasilan dan penyampaian industi pembinaan di negara ini.

Persidangan ‘Understanding Tropical Ground Investigation’ pada 13-14 Jun 2022 dimana Penceramah (Speaker) adalah Ir. Som Pong a/l Pichan, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, JKR Malaysia.

 

Persidangan ‘Slope Engineering’ pada 22-23 Jun 2022 dimana Penceramah (Speaker) adalah Ir. Ts. Dr. Zarabizan bin Zakaria, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat,JKR Malaysia.

Sesungguhnya penglibatan warga JKR mampu menjadikan Penjawat Awam sebagai sesuatu yang “Berharga” dan juga memberi implikasi besar dalam penyampaian perkhidmatan kepada industri pembinaan. Semoga, penglibatan warga JKR akan terus ditagih dan diperlukan dalam industri pembinaan di dalam serta di luar negara. Diharapkan sumbangan ini menjadi pemangkin dan pendorong kepada seluruh warga JKR untuk terus menabur bakti ke arah menterjemahkan Prestasi Cemerlang sebagai agensi teknikal terulung.