Date: Khamis, Jun 23, 2022

Sukacita dimaklumkan bersemperna Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-80 bagi tahun 2022 pada 19 Jun 2022, YBrs. Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim telah dianugerahkan DARJAH DATO’ SETIA DIRAJA KEDAH (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato’.

Sesungguhnya pengurniaan anugerah ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan di atas jasa bakti dan sumbangan beliau kepada Jabatan, Pembangunan Negeri dan juga Negara.

Seluruh warga JKR turut merasa bangga di atas penganugerahan ini. Tahniah YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim.