Date: Isnin, September 26, 2016

Tahniah diucapkan kepada 2 orang pegawai JKR daripada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat iaitu Ir. Wan Shah WaliAllah Bin Wan Mat Zain dan Zulkifli Bin Suliman diatas kejayaan mereka memperolehi Pingat Emas di "2016 International Invention Innovation Competition in Canada" atau secara ringkasnya iCan 2016 dengan produk inovasi "METHOD OF CONTROLLING DEHUMIDIFICATION FOR COOLING COIL" yang berlangsung di Toronto, Canada pada 27 August 2016.

ICan 2016 dianjurkan oleh Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS) dan merupakan pertandingan reka cipta dan inovasi antarabangsa yang pertama diadakan di Canada. Pertandingan ini telah disertai oleh segenap lapisan generasi dari pelbagai negara.

Produk ini secara asasnya adalah dengan memperkenalkan suatu alat iaitu "coil closure device" di "AHU Cooling Coil" bagi menambahbaik  proses penyahlembapannya.

Produk ini juga telah berjaya memenangi Pingat Emas semasa di 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016) yang telah berlangsung pada 11-14 Mei 2016.

Semoga dengan penganugerahan ini akan menjadi pendorong kepada warga Jabatan Kerja Raya yang lain untuk terus memartabatkan budaya inovasi dalam melaksanakan kerja seharian.

Di atas kejayaan ini, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal & JKR mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah. Semoga ia menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen dan sumbangan kepada kecemerlangan JKR.