Date: Isnin, Januari 11, 2016

Buat julung kalinya, warga kerja JKR dari Cawangan Arkitek IP JKR Malaysia iaitu Encik Halami Aman Mohd Mokhtar telah berjaya
untuk mewakili Malaysia ke Forum IATSS ke 55/56 yang bakal berlangsung selama 55 hari pada tahun 2016 di Suzuka, Mie, Jepun.

Forum IATSS merupakan hasil ilham daripada Soichiro Honda iaitu pengasas Honda Motor Co., Ltd bersama rakan kongsi, Takeo Fujisawa.
Diadakan setiap tahun semenjak tahun 1985 dan merupakan satu program komprehensif bertujuan melatih dan memperkemaskan lagi mutu kepimpinandan cara berfikir tenaga muda professional dari setiap Negara ASEAN dalam menghadapi cabaran baru.

Pemilihan wakil ke Forum ini dilaksanakan secara 3 peringkat, membabitkan saringan pertama melalui data peribadi dan juga dokumen yang dihantar di setiap negara terbabit, saringan kedua di Negara Jepun dan akhir sekali melalui panel penemuduga Forum IATSS. Pada kali ini seramai 14 orang calon dari pelbagai latar belakang telah dipanggil untuk ditemuduga. Ianya telah berlangsung di UM Centre for Innovation and Commercialization (UMCIC).Panel penemuduga telah diketuai oleh Dato' Zuraidah binti Atan (mantan CEO dan Presiden Affin Merchant Bank) ysmg dianggotai 5 warga Malaysia dan 5 warga Jepun.

Pemilihan beliau adalah merupakan satu lagi pengiktirafan yang berprestij bagi penjawat awam dan mengangkat imej Jabatan Kerja Raya di mata dunia. Syabas dan selamat maju jaya buat beliau dan JKR!

IATSS – International Association of Traffic and Safety Sciences merupakan badan bebas yang menjurus kepada penyelidikan bagi merangka
dan melaksana kemudahan perhubungan awam.