Date: Selasa, Disember 5, 2017

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada YBHG. DATO’ Ir. HAJI. RAZANI BIN AB. LAZID, PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI KELANTAN  di atas pengurniaan  Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato'.

Anugerah ini telah dikurniakan oleh Dr.Tengku Muhammad Faiz Petra , Pemangku Raja Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke – 48 (Tahun 2017).

Warga JKR berbangga di atas penganugerahan ini yang menunjukkan pengiktirafan kepada JKR dalam pembangunan Negeri Kelantan.

 

Sumber daripada Bahagian Pengurusan Korporat, JKR Negeri Kelantan bertarikh 5 Disember 2017.