Date: Selasa, Julai 25, 2017

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Ir. Salleh Bin Awang, mantan Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang iaitu Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Dato' di Seri Mutiara Pulau Pinang pada hari Selasa, 25 Julai 2017. YBhg. Dato' kini berkhidmat sebagai Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Warga JKR berbangga di atas penganugerahan ini yang menunjukkan pengiktirafan kepada JKR dalam pembangunan Negeri Pulau Pinang.