Date: Jumaat, March 24, 2017
Warga kerja JKR mengucapkan setinggi tahniah kepada Pasukan Projek ECER JKR Malaysia kerana telah memenangi anugerah MINO best project award 2017, category high volume road untuk Projek Central Spine Road, (CSR) Pakej 3 bersempena 15th REAAA Conference 2017 Bali, Indonesia.
 
Projek Central Spine Road (CSR) Pakej 3 yang berprestij ini telah dicadangkan oleh Datuk Ir Haji Adanan bin Mohamed Hussain - Mantan KPKR JKR Malaysia dan Naib Presiden REAAA dan terdapat dua kategori projek yang dipertandingkan iaitu:
 
i- high-volume road – high-volume expressways/major highways 
ii- Community road - rural roads and regional roads
 
MINO Best Project Award telah ditubuhkan pada 2016 untuk mengiktiraf projek jalan raya dan jambatan yang telah dibina di rantau Asia dan Australia.Projek-projek yang hendak dicalonkan untuk anugerah ini mestilah siap antara April 2013 dan Ogos 2016 (tarikh akhir untuk pencalonan)dan semua pencalonan mesti dibuat oleh ahli Majlis Pentadbir REAAA.