Date: Selasa, Februari 2, 2016
Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah diucapkan kepada Datuk Hj Sarani bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya Malaysia yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan yang membawa gelaran Datuk.
 
Sesungguhnya pengurniaan ini amat bertepatan sekali kerana jasa baktinya yang amat besar kepada Kementerian Kerja Raya khasnya dan Negara. Beliau memainkan peranan yang penting dalam membudayakan penggunaan media sosial di KKR bagi menyampaikan makluman dan informasi perkhidmatan kepada rakyat. Beliau juga merupakan penggerak utama dalam RakanKKR sebagai jejambat Kementerian dengan rakyat dalam hubungan saling menghormati.
 
Sesungguhnya pengurniaan ini adalah satu penghormatan kepada KKR dan semua agensi di bawahnya. Kami di JKR turut merasa bangga di atas pengurniaan Darjah Kebesaran ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau. Tahniah Datuk.