Date: Khamis, April 21, 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Ir. Habbali b Ibrahim, Jurutera Mekanikal Gred J54, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dilantik sebagai Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya memangku Jurutera Mekanikal Gred Utama C berkuatkuasa 25 April 2016. 
 
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman, kewibawaan dan kepakaran yang beliau miliki akan memacu JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan lebih gemilang.