Date: Jumaat, March 11, 2016

Seluruh warga JKR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman, di atas kurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato'. Semoga CDPK khasnya dan JKR amnya,  lebih maju kehadapan di bawah bimbingan Dato' dan pengurusan tertinggi JKR.

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Dato' Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB kerana turut menerima kurniaan DIMP yang juga membawa gelaran Dato'. Semoga pengurniaan ini akan memberi semangat dan iltizam kepada beliau untuk memacu kemajuan industri pembinaan negara.