Date: Khamis, Februari 28, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. En. Noor Azman Bin Ramlee, Jurutera Awam Penguasa Kanan Unit Pasukan Khas Gemas – Johor Bahru (PKGJB), Kementerian Pengangkutan Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Gred J54 di JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkuatkuasa 7 Febuari 2019.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih gemilang.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri dirujuk kepada beliau.