Date: Khamis, Februari 28, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Hj. Ismail Bin Abd. Rahman, Jurutera Daerah Melaka Tengah, Melaka telah dilantik sebagai Pengarah JKR Negeri Melaka secara Penempatan Khas atas Gred J54 berkuatkuasa 11 Febuari 2019.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Negeri Melaka dengan lebih gemilang.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri dirujuk kepada beliau.