Date: Khamis, Februari 15, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Shahabuddin bin M. Muhayidin, Jurutera Daerah Hulu Langat telah dilantik sebagai Pengarah memangku Gred J54 di JKR Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa 19 Februari 2018.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Negeri Pulau Pinang dengan lebih gemilang.