Date: Isnin, November 6, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Puan Farah binti Abdul Samad, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga berkuatkuasa 27 Oktober 2017.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Semoga YBrs. Puan Farah binti Abdul Samad terus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesional dan berintegriti demi kecemerlangan jabatan.