Date: Rabu, Januari 22, 2025

Pada 21 Januari 2025 (Selasa), satu taklimat berkaitan Projek Menaiktaraf Jeti Terminal Feri Kenderaan dan penumpang telah dilaksanakan di Jabatan Laut Wilayah Persekutuan (WP) Labuan. Sesi taklimat tersebut telah dihadiri oleh pihak JKR WP Labuan dan JKR Malaysia yang diketuai Ir. Mohd Ridzuan Bin Saliman, Head of Project Team (HOPT), Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengangkutan (CKIP). Sesi tersebut telah disertai oleh Pasukan Reka bentuk yang mana terdiri daripada Cawangan Geoteknik, Cawangan Elektrik,  Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengangkutan , Cawangan Ukur Bahan dan Cawangan Alam Sekitar.

Tujuan utama taklimat ini adalah;
  1. Mendapatkan input awal serta menyelaras skop-skop yang terlibat dengan pihak berkepentingan;
  2. Mendapatkan gambaran sebenar mengenai pengoperasian di tapak dan keadaan fizikal tapak;
  3. ⁠Menyemak keperluan keperluan teknikal lain dan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan,(PBT ).

Setelah sesi taklimat dan perbincangan selesai, satu sesi lawatan tapak telah diadakan untuk menilai keadaan struktur marin seperti ramp dan jeti di tapak. Lawatan ini bertujuan untuk melaksanakan pemeriksaan secara visual sebagai langkah pertama untuk mendapatkan gambaran awal tentang keadaan struktur marin tersebut. Berdasarkan pemeriksaan ini, pasukan reka bentuk akan membuat penilaian dan mengemukakan cadangan untuk ujian-ujian bersesuaian bagi pembaikan struktur.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat