Date: Khamis, Februari 16, 2023

Sesi Penyerahan Sijil Pelantikan Penaja Pelan Strategik JKR 2021-2025 kepada YBhg. Dato' Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 15hb Februari 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Berlian, Aras 2, Menara Kerja Raya selepas selesai Mesyuarat Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) JKR Tahun 2023.

 

Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan kesemua Pengarah Kanan Cawangan Ibu Pejabat dan Pengarah Negeri yang terlibat dalam PPTPA Tier 2. Sesi penyerahan ini diselaraskan oleh YBrs. Ir. Ts. Dr. Haji Zarabizan bin Haji Zakaria, Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat selaku Sekretariat Pelan Strategik JKR.

 

Pelan Strategik JKR 2021-2025 merupakan dokumen penting yang merencanakan tindakan dan inisiatif strategik berteraskan hala tuju, bidang fokus dan pelan tindakan yang menyeluruh bagi tempoh lima (5) tahun. Prestasi pengukuran Pelan Strategik JKR yang disasarkan perlu dipantau rapi secara berterusan bagi menjamin capaian keberhasilan yang ditetapkan setiap tahun.

 

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan semoga YBhg. Dato' Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri​ dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab ini dengan penuh cemerlang dalam memenuhi matlamat dan fungsi Jabatan Kerja Raya seterusnya merealisasikan hala tuju strategik Jabatan yang telah ditetapkan.